kini berpindah ke laman blog yang baru

Assalamualikum w.b.t. kawan2, tahu tak esok hari apa. Mesti semua orang tahu kan. Esok 10 zulhijjah bersamaan 1430hijrah. Maknanya esok seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidiladha. Manakala yang berada di makkah mukarramah akan menunaikan ibadat haji nya. Kepada rakan-rakan yang mempunyai ibu dan ayah yang pergi menunaikan ibadat haji, pena mendoakan selamat dan semoga haji mabrur kepadanya.amin. aidiladha merupakan hari penuh keberkatan yang tersimpan dengan cerita disebaliknya. Tak lain tak bukan cerita tentang pengorbanan keluarga nabi Ibrahim a.s. Kalau kita hayati kisah ini, pasti tak tergambar bagaimana seorang ayah mampu dan rela berbuat demikian demi menuruti perintah Allah s.w.t. semuanya demi agamanya. Oleh itu, pena ingin cerita sedikit tentang KORBAN…….
Korban di benak fikiran orang kita punyai banyak makna dan tafsiran. Korban kerana Agama, korban kerana Keluarga, korban kerana Cinta, korban kerana Pangkat, korban kerana Harta dan sebagainya. Erti korban di atas sudah di fahami dan di hayati oleh masyarakat kita, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, besar atau kecil, Perdana Menteri atau rakyat, semuanya tahu erti korban ini malah sudah ada yang melaluinya dalam kehidupan mereka. Namun, adakah kita benar-benar tahu erti ‘Korban‘ dalam Agama kita, iaitu ISLAM? Mari kita bincang bersama-sama.
Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna:
“Berkorban yang saya maksudkan ialah menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segalanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada Jihad yang tidak menuntut kepada pengorbanan”.
Kisah Nabi Ibrahim a.s contohnya, telah mengambarkan kepada kita erti korban dan jihad yang sebenar dalam agama kita. Bagaimana mungkin seorang bapa yang kasihkan anaknya, Nabi Ismail a.s, sanggup menyembelih anaknya itu jika tanpa pengorbanan? Masakan mungkin seorang bapa mampu melaksanakannya tanpa jihadyang qawiyyah(kuat) dalam dirinya? Semua itu tidak akan berlaku melainkan Nabi Ibrahim a.s memahami erti korban dan jihad itu sendiri. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa pengorbanan kepada agama adalah lebih besar berbanding pengorbanan yang lain.
Para sahabat a.anhum telah menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentignya pengorbanan itu dalam menegakkan ISLAM. Mereka tidak berkorban setahun sekali, terutama dalam EidulAdha, tetapi jiwa mereka di korbankan setiap masa bagi memenuhi dunia ini dengan pancaran hidayah-Nya. Seharusnya kita, lebih-lebih kita kini berada di era ISLAM sedang di tindas dan di jatuhkan oleh musuh kita, berdiri teguh dan membangunkan diri kita seperti para sahabat r.anhum kembali menjulang ISLAM ini di mata setiap insan. Tibalah masa bagi kita menjadikan para sahabat r.anhum sebagai idola dan uswah itu dalam pasca moden hari ini. Semangat korban hasruslah berkobar-kobar dalam jiwa kita setiap hari, setiap masa setiap kali jantung kita berdenyut. Nah rakan2.ayuh kita buka tangan bersama sama semaikan cinta untuk berkorban demi agama kita. Sesungguhnya amat manis janjinya kelak. Akhir kata- SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA-
“KEEP SHARPENING YOUR MIND AS A MUSLIM……”
saya ada mak, ayah, kakak, abang, kembar, adik...
INDAHNYA..........
TINTA UNTUK SAHABAT......
..Andai hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah
..Andai ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta
..Andai ku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga
...andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera...
....Andai pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah...
& ...Andai esok ku lena tanpa terjaga...iringilah lenaku dengan kalungan doa n fatihah...berjanjilah SAHABAT..
Ukkhuwwah kita utk selamanya......Insya'Allah "
Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini...
Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina
Semoga kitakan dirahmati

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
kenapa HATI???

HATI YE.................
hati memang sukar untuk ditafsirkan dan mentafsirkanya.. penuh gelisah ketidaktentuan hati lah menyebabkan emosi diri terganggu.. mesti semua orang pernah dengar hadis pasal hati... pernahke??? hati ini ibarat raja yang mengawal kerajaan badan seseorang.. segala tingkah laku yang ditunjukkan datang daripada hati... faham apa yang dimaksudkan saya? jadi, perangai yang buruk itu datang daripada hati yang .........dan perangai yang baik itu dtg juga dari hati yang ...........
jagalah hati kita ni kerana ia merupakan satu harta yang perlu dijaga... jaganya seperti menatang minyak yang penuh.. cube bayangkan bila hati ini telah rosak dengan pelbagai perkara yang lagha dan tidak baik...astaghfirullah...... mudahnya kita untuk menjadi jahat, tetapi sangat sukar untuk menjadi baik.. kenapa ye.. bukan bercakap mengenai orang lain. tetapi hakikatnya bercakap mengenai diri sya sendiri.. bila di lihat semula, semuanya datang daripada hati... hati ini mungkin kurang kepada didikan cahaya dan terlebih kepada pengaruh kegelapan.. mungkin.... dalam hari-hari yang saya tempuh ada masa saya berasa sinar cahayanya dan ada ketika juga sya merasakan kegelapanya... bergantung kepada apa yang kita lakukan sebenarnya.. jika banyak amalan yang diredhai allah kita lakukan makin bersinar sinar cahaya itu datang sebenarnya... tanpa kita sedari mahupun kita sedari..
"ah,nak baca quran la... tapi pas smyang isya' la..."
sesudah solat isya'
"tadi aku nak buat apa ek.. x ingat la. ha, hw (숙제) bnyk x siap lagila.."
lihat tu... bagaimana hati ini memandu seseorang itu menjadi begitu.. sesungguhnya jika kita hendak melakukan sesuatu yang mulia itu, janganlah ditangguh2..terus lakukan.. kerana apa? kerana bisikan syaitan itu amat tajam kepada anak adam supaya melengah2kan sesuatu...
kalaulah hati ini sudah kebal dengan didikan alquran dan akhlak yang mulia, semua bisikan syaitan yang tajam dan halus itu bisa kita tepis dan lawan. ingat, tiada apa yang lebih hebat melainkan allah swt. syaitan itu lemah. tak kuat.
saya sayang hati saya. akan saya didik hati ini sedikit demi sedikit dengan didikan ilmu yang bermanfaat..akan saya amalkan ilmu yang telah diserap dalam hati itu dengan sebaik mungkin.. meskipun memerlukan masa yang panjang... ya allah.. janganlah kau mencabut nyawa ku sebelum aku sempat membetulkan hati dan tingkah laku ku ini. ya allah aku pinta kepadamu kesucian dan kemurnuiaan hati..hati ini, dari tanganmu kau cipta, jadikanlah hati yang sentiasa menerima cahaya kebenaran............
(Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .)
"siapa lagi yang ingin menjayakanya kalu bukan diri kita"