Assalamualikum w.b.t. kawan2, tahu tak esok hari apa. Mesti semua orang tahu kan. Esok 10 zulhijjah bersamaan 1430hijrah. Maknanya esok seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidiladha. Manakala yang berada di makkah mukarramah akan menunaikan ibadat haji nya. Kepada rakan-rakan yang mempunyai ibu dan ayah yang pergi menunaikan ibadat haji, pena mendoakan selamat dan semoga haji mabrur kepadanya.amin. aidiladha merupakan hari penuh keberkatan yang tersimpan dengan cerita disebaliknya. Tak lain tak bukan cerita tentang pengorbanan keluarga nabi Ibrahim a.s. Kalau kita hayati kisah ini, pasti tak tergambar bagaimana seorang ayah mampu dan rela berbuat demikian demi menuruti perintah Allah s.w.t. semuanya demi agamanya. Oleh itu, pena ingin cerita sedikit tentang KORBAN…….

Korban di benak fikiran orang kita punyai banyak makna dan tafsiran. Korban kerana Agama, korban kerana Keluarga, korban kerana Cinta, korban kerana Pangkat, korban kerana Harta dan sebagainya. Erti korban di atas sudah di fahami dan di hayati oleh masyarakat kita, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, besar atau kecil, Perdana Menteri atau rakyat, semuanya tahu erti korban ini malah sudah ada yang melaluinya dalam kehidupan mereka. Namun, adakah kita benar-benar tahu erti ‘Korban‘ dalam Agama kita, iaitu ISLAM? Mari kita bincang bersama-sama.

Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna:

“Berkorban yang saya maksudkan ialah menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segalanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada Jihad yang tidak menuntut kepada pengorbanan”.

Kisah Nabi Ibrahim a.s contohnya, telah mengambarkan kepada kita erti korban dan jihad yang sebenar dalam agama kita. Bagaimana mungkin seorang bapa yang kasihkan anaknya, Nabi Ismail a.s, sanggup menyembelih anaknya itu jika tanpa pengorbanan? Masakan mungkin seorang bapa mampu melaksanakannya tanpa jihadyang qawiyyah(kuat) dalam dirinya? Semua itu tidak akan berlaku melainkan Nabi Ibrahim a.s memahami erti korban dan jihad itu sendiri. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa pengorbanan kepada agama adalah lebih besar berbanding pengorbanan yang lain.

Para sahabat a.anhum telah menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentignya pengorbanan itu dalam menegakkan ISLAM. Mereka tidak berkorban setahun sekali, terutama dalam EidulAdha, tetapi jiwa mereka di korbankan setiap masa bagi memenuhi dunia ini dengan pancaran hidayah-Nya. Seharusnya kita, lebih-lebih kita kini berada di era ISLAM sedang di tindas dan di jatuhkan oleh musuh kita, berdiri teguh dan membangunkan diri kita seperti para sahabat r.anhum kembali menjulang ISLAM ini di mata setiap insan. Tibalah masa bagi kita menjadikan para sahabat r.anhum sebagai idola dan uswah itu dalam pasca moden hari ini. Semangat korban hasruslah berkobar-kobar dalam jiwa kita setiap hari, setiap masa setiap kali jantung kita berdenyut. Nah rakan2.ayuh kita buka tangan bersama sama semaikan cinta untuk berkorban demi agama kita. Sesungguhnya amat manis janjinya kelak. Akhir kata- SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA-

KEEP SHARPENING YOUR MIND AS A MUSLIM……

1 comments:

mohad said...

selamat tahun baru..

Post a Comment

Write here, about you and your blog.
 
Copyright 2009 BICARA HATI All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes