puteriku sayang........

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya

(lagu ditujukan untuk para isteri dan ibu di seluruh dunia...)

kenapa HATI???



HATI YE.................

hati memang sukar untuk ditafsirkan dan mentafsirkanya.. penuh gelisah ketidaktentuan hati lah menyebabkan emosi diri terganggu.. mesti semua orang pernah dengar hadis pasal hati... pernahke??? hati ini ibarat raja yang mengawal kerajaan badan seseorang.. segala tingkah laku yang ditunjukkan datang daripada hati... faham apa yang dimaksudkan saya? jadi, perangai yang buruk itu datang daripada hati yang .........dan perangai yang baik itu dtg juga dari hati yang ...........

jagalah hati kita ni kerana ia merupakan satu harta yang perlu dijaga... jaganya seperti menatang minyak yang penuh.. cube bayangkan bila hati ini telah rosak dengan pelbagai perkara yang lagha dan tidak baik...astaghfirullah...... mudahnya kita untuk menjadi jahat, tetapi sangat sukar untuk menjadi baik.. kenapa ye.. bukan bercakap mengenai orang lain. tetapi hakikatnya bercakap mengenai diri sya sendiri.. bila di lihat semula, semuanya datang daripada hati... hati ini mungkin kurang kepada didikan cahaya dan terlebih kepada pengaruh kegelapan.. mungkin.... dalam hari-hari yang saya tempuh ada masa saya berasa sinar cahayanya dan ada ketika juga sya merasakan kegelapanya... bergantung kepada apa yang kita lakukan sebenarnya.. jika banyak amalan yang diredhai allah kita lakukan makin bersinar sinar cahaya itu datang sebenarnya... tanpa kita sedari mahupun kita sedari..

"ah,nak baca quran la... tapi pas smyang isya' la..."

sesudah solat isya'

"tadi aku nak buat apa ek.. x ingat la. ha, hw (숙제) bnyk x siap lagila.."

lihat tu... bagaimana hati ini memandu seseorang itu menjadi begitu.. sesungguhnya jika kita hendak melakukan sesuatu yang mulia itu, janganlah ditangguh2..terus lakukan.. kerana apa? kerana bisikan syaitan itu amat tajam kepada anak adam supaya melengah2kan sesuatu...
kalaulah hati ini sudah kebal dengan didikan alquran dan akhlak yang mulia, semua bisikan syaitan yang tajam dan halus itu bisa kita tepis dan lawan. ingat, tiada apa yang lebih hebat melainkan allah swt. syaitan itu lemah. tak kuat.

saya sayang hati saya. akan saya didik hati ini sedikit demi sedikit dengan didikan ilmu yang bermanfaat..akan saya amalkan ilmu yang telah diserap dalam hati itu dengan sebaik mungkin.. meskipun memerlukan masa yang panjang... ya allah.. janganlah kau mencabut nyawa ku sebelum aku sempat membetulkan hati dan tingkah laku ku ini. ya allah aku pinta kepadamu kesucian dan kemurnuiaan hati..hati ini, dari tanganmu kau cipta, jadikanlah hati yang sentiasa menerima cahaya kebenaran............

(Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .)

"siapa lagi yang ingin menjayakanya kalu bukan diri kita"

ALHAMDULILLAH!!!!- bicara hatiku bermula


alhamdulillah satu jendela dalam episod hidup saya baru saja dibuka....
bukanya apa sgt pun.. just baru create blog BICARA HATI ni...
insyaallah dengan adanya blog ini mudah mudahan saya dpat menjadikanya medan untuk berkongsi masalah dan yang pling utama skali saya dapat menjadikannya sebagai satu titian dalam menyebarkan risalah2 kebenaran yg mulia.. moga2 mendapat manfaat dan kelebihan di sisinya..

moga2 dengan apa yang saya niatkan ini benar2 menjadi realiti dan bukan satu mimpi yang tinggal menjadi abu berterbangan di angkasa...hehehe

"IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL"
Write here, about you and your blog.
 
Copyright 2009 BICARA HATI All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes