kenapa HATI???



HATI YE.................

hati memang sukar untuk ditafsirkan dan mentafsirkanya.. penuh gelisah ketidaktentuan hati lah menyebabkan emosi diri terganggu.. mesti semua orang pernah dengar hadis pasal hati... pernahke??? hati ini ibarat raja yang mengawal kerajaan badan seseorang.. segala tingkah laku yang ditunjukkan datang daripada hati... faham apa yang dimaksudkan saya? jadi, perangai yang buruk itu datang daripada hati yang .........dan perangai yang baik itu dtg juga dari hati yang ...........

jagalah hati kita ni kerana ia merupakan satu harta yang perlu dijaga... jaganya seperti menatang minyak yang penuh.. cube bayangkan bila hati ini telah rosak dengan pelbagai perkara yang lagha dan tidak baik...astaghfirullah...... mudahnya kita untuk menjadi jahat, tetapi sangat sukar untuk menjadi baik.. kenapa ye.. bukan bercakap mengenai orang lain. tetapi hakikatnya bercakap mengenai diri sya sendiri.. bila di lihat semula, semuanya datang daripada hati... hati ini mungkin kurang kepada didikan cahaya dan terlebih kepada pengaruh kegelapan.. mungkin.... dalam hari-hari yang saya tempuh ada masa saya berasa sinar cahayanya dan ada ketika juga sya merasakan kegelapanya... bergantung kepada apa yang kita lakukan sebenarnya.. jika banyak amalan yang diredhai allah kita lakukan makin bersinar sinar cahaya itu datang sebenarnya... tanpa kita sedari mahupun kita sedari..

"ah,nak baca quran la... tapi pas smyang isya' la..."

sesudah solat isya'

"tadi aku nak buat apa ek.. x ingat la. ha, hw (숙제) bnyk x siap lagila.."

lihat tu... bagaimana hati ini memandu seseorang itu menjadi begitu.. sesungguhnya jika kita hendak melakukan sesuatu yang mulia itu, janganlah ditangguh2..terus lakukan.. kerana apa? kerana bisikan syaitan itu amat tajam kepada anak adam supaya melengah2kan sesuatu...
kalaulah hati ini sudah kebal dengan didikan alquran dan akhlak yang mulia, semua bisikan syaitan yang tajam dan halus itu bisa kita tepis dan lawan. ingat, tiada apa yang lebih hebat melainkan allah swt. syaitan itu lemah. tak kuat.

saya sayang hati saya. akan saya didik hati ini sedikit demi sedikit dengan didikan ilmu yang bermanfaat..akan saya amalkan ilmu yang telah diserap dalam hati itu dengan sebaik mungkin.. meskipun memerlukan masa yang panjang... ya allah.. janganlah kau mencabut nyawa ku sebelum aku sempat membetulkan hati dan tingkah laku ku ini. ya allah aku pinta kepadamu kesucian dan kemurnuiaan hati..hati ini, dari tanganmu kau cipta, jadikanlah hati yang sentiasa menerima cahaya kebenaran............

(Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .)

"siapa lagi yang ingin menjayakanya kalu bukan diri kita"

4 comments:

salimah -sally- said...

betul betul betul...
jgnla ditangguhkan perkara yg baik..hasutan syaitan utk mempengaruhi manusia melakukan perkara yg tak sepatutnya ade dimana2 je...
tapi, contoh yg diatas ni, tak baca quran sbb nk buat hw, bukanlah perkara yg tak mulia..bukankah buat hw itu menuntut ilmu dan bukankah menuntut ilmu itu perkara yg dituntut kpd stp individu..kalo kita mati tatkala sdg menuntut ilmu pun kita dikira mati syahid bukan..pandgn kita, bc quran lg baik dan dpt lbh byk pahala drp menuntut ilmu..bc quran bukanlah ibadat wajib bukan..pndgn kita, bc quran lbh baik dan dpt byk pahala drp menuntut ilmu..tp sbenarnya menuntut ilmu tu penting jugak..so, kita kenala seimbangkan antara beribadat dan menuntut ilmu, amalan keduniaan dan amalan utk akhirat..kalo kita boleh study smpai 3 ke 4 jam, nape kita tak boleh nak luangkan mase 3 ke 4 jam utk beribadat..kita solat 5 kali sehari, sekali solat dlm 5min, tu utk yg pro, kalo immature lbh 5min sikit la kn..5min darab 5 =25min je kita beribadat(wajib) dlm sehari..kita pergi sekolah dr pg smpai ptg, bpe jam tu??npe kita tak tambahkan mase kita buat ibadat sme mcm mase kita menuntut ilmu kat sekolah tu..kenape??lg satu, kalo kita sanggup stay up smpai 3 pg semata2 nk study, nape kita tak sanggup stay up semata2 utk solat tahajud dan buat ibadat2 yg sewaktu dgnnya??kenapa??so kita muhasabah la diri kita same2, kita ni byk kekurangan sebenarnya bukan??...


p/s:nasihat utk diri sendiri jugak ni...

ashraf razi said...

memang btol.... syukran sbb bg pandangan yg bernas. tentang alquran dan hw tu saya nak bg contoh je yg pkara baik2 ni jgn dilewatkan kerana syaitan berkuasa membuat seseorang itu terlupa dan leka...... wallahua'lam..

DzULhELmy said...

salam cap.. camne nk jage hati ek?
lg 1.. ap penyakit2 hati ek.. kadang2 ana bengong camne nk bezekan hati dan perasaan.. ke 2 bnde same je??

salimah -sally- said...

salam sedare dzulhelmy, saje nk menyampuk..hurm..salah satu cara nk menjaga hati adlh dgn byk berzikir..apbla kita byk berzikir, mudah2an hati kita akan menjadi lembut, insyAllah..lg satu, pasal pemakanan, kita kena jage pemakanan kita, pastikan kita makan makanan yg halal..makanan yg kita rasa was2 nk mkn pon jgn mkn, sebaik2nye elakkan krn perkara yg was2 akan membawa kpd haram..kalau kita dah byk sgt makan makanan haram, hati kita pon dah jd kotor, kesannya kita dah tak lembut hati..lg, elakkan buat perkara yg membawa kpd dosa..hari2 memg kita tak lekang drpd buat dosa kn, tp seboleh2 nya kita elakkan, walaupun dosa kecil..dosa2 kecil yg kita buat ni umpama tompok2 hitam yg kecil kat hati kita, bila dah byk sgt tompok2 kecil ni, lama2 dia jd satu tompok hitam yg besar bukan??jd hati kita pon dah kotor dan juga kita susah nk lembut hati, inilah yg dinamakan penyakit hati..ubatnya, spt yg sy telah nyatakan adlh bykkan berzikir krn berzikir itu mengingatkan kita kpd Allah..selain mengingati Allah, kita jugak perlu sentiasa mengingati mati..juga kita perlu bykkan beribadat semestinya..yg wajib, jgn pernah tinggal, yg sunat pulak kalo bole tingkatkan dan biarlah beristiqamah..lg 1 ubat adlh qiyam iaitu bgn pd tgh mlm utk beribadat..perkara ni membuatkan kita lbh rapat lg dgn Pencipta kita..insyAllah hati kita jd lembut...

Post a Comment

Write here, about you and your blog.
 
Copyright 2009 BICARA HATI All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes