saya ada mak, ayah, kakak, abang, kembar, adik...

Masa begitu pantas berlalu.. sudah hampir 9 bulan aku berada di bulan korea ni.tidak lama lagi akan jadi setahun keberadaan aku d bumi sonata ini. apa yang aku harapkan daripada keberadaan aku disini aku masih lagi tidak dapat mencarinya dan msih lagi mencari. hari demi hari berlalu, aku makin meraung2 kerana kerinduan ku yang semakin mendalam kepada mereka semua.

sejak form1 lagi aku tinggal di asrama. sehingga form 4.. kemudian aku decide untuk tggl d rumah dan bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan rumah aku. jadi, aku berpeluang merasai kehidupan tinggal dirumah juga.. tidak seperti rakan2 ku yang lain yang tinggal berturut2 saban tahun di asrama. mengenangkan itu, mereka ini lebih tabah berbanding aku. setelah 2 thun aku tggal dirumah tanpa terpisah dengan ibu bapa ku, akhirnya aku tinggal di hostel semula. ini kerana aku perlu menjalani persediaan korean programme selama 9bulan. kami berbeda dengan programme2 yang lain. mereka ada cuti 1bulan 2 bulan sebelum mereka akan berangkat ke luar negara. tapi, kami hanya mempunyai masa kurang dari 2 minggu untuk berada bersama family dan kawan2. dulu aku anggap ianya masa yang agak cukup tapi hakikatnya bila dikenangkan semula, masa yang kurang 2 mggu itu sangat pendek dan tidak cukup untuk aku bersama keluarga aku. kerana dalam masa 2 mggu itulah aku terpaksa membuat segala2 persediaan untuk mem'packing' barang untuk ke korea. mana masa bersama mereka? aku tidak luahkan pun sebenarnya. aku sibuk berjumpa kawan, shopping sana sini tapi aku terlupa untuk meluahkan masa bersama mereka.

KLIA-ibuku merupakan orang terakhir aku salam dan peluk.titis2 air mata aku mula menitis. aku melihat rakan2 ku yang lain, tiada pon yang menitiskan airmatanya.mungkin sebab apa yang aku nampak dari pandangan aku ketika itu.atau mungkin mereka sudah biasa terpisah dengan ibu bapa mereka. berbeza denagan aku.naluri aku, hati aku bila memikirkan tentang ibu dan ayah aku mudah tersentuh. begitu juga dengan org2 lain.aku percaya. aku seolah2 tidak mahu melepaskan pelukan ibuku itu. masa menghampiri jam 00:55 iaitu waktu aku berlepas ke korea. aku perlu cepat kerana kawan2 aku yang lain sedang menunngu aku di pintu imigresen untuk men'scan' pasport. walaupun aku tidak mahu lepaskan pelukan ibuku, aku terpaksa juga melepaskannya. aku pandang wajah ibu bapaku sambil berfikir, adakah ini kali terakhir aku melihat mereka? tidak henti2 aku memikirkan itu. aku terpaksa sekali lagi terpisah dengan mereka. untuk masa yang lama. aku bergerak menuju ke boarding gate.aku sempat meminjam handphone kawan aku, memberikan salam terakir aku untuk ibu bapaku dan lain. dangan perasaan yang hiba aku cuba gembirakan diriku dengan bergurau dengan rakan2 ku yang lain. rakan2 aku yang lain sempat lagi bergembira, seronok aku melihat mereka. ada yang sempat membeli rokok2 dengan kuantiti yang banyak untuk bekalan mereka disana.. haha... masa sudah tiba, kami semua bergrak menaiki flight. dengn hati yang sedikit lega kerana 2mggu kebelakangan sewktu itu, merupakan waktu yang paling sibuk yang pernah aku lalui sepanjang hidup. aku berada selesa di tempat duduk aku sambil para pramugari pramugara meyeselesakan penumpang2 lain. tiba2, kawan aku menghulurkan enset kat aku. "acap, bapak ko mesej ko"... aku membaca... "ashraf, we're proud of you.." aku seolah2 bergetar satu badan kerana kata2 itu memang amat2 memberi aku semangat yang tiada tandinganya ketika itu.aku juga hiba, kerana bapa ku masih sempat lagi mereply mesej aku. mengatakan yang dia berbangga mempunyai aku..ketika itu pilot sedang memberi ucapan welcome. . selama 2 mgggu yang berbaki sebelum aku fly, ibu bapaku lah yang bertungkus lumus menyiapkan segalanya. mereka terlalu banyak bersusah untuk aku. aku masih ingt lagi ketika itu bapaku sedang pening2 kpala kerana dia dalam proses membeli sebuah kereta baru.haha..kereta itu aku tak sempat menaikinya.kerana kereta itu hanya dapat setelah 4 hari aku berda d korea ni... begitulah juga aku ingin menceritakan dalam keadaan yang sama tentang adik beradik ku yang lain. dalam masa 2 mggu itu, mereka langsung tiada dirumah kerana kuliah masing2. dan begitu jugalah nasib aku dan kembar aku yang sentiasa terpisah tanpa sempat berpeluang mengenali hati masing2 dengan lebih mendalam. aku menyesal sebelum itu aku tidak dapat berbuat demikian.

kini, sudah 9 bulan aku tidak menyentuh tangan ibu bapaku.tidak mencium tangan mereka. untuk pertama kali dalam tempoh yang panjang.. walaupun aku tidak berpeluang berbuat demikian, namun mereka sentiasa ada didalam hati aku... umi, babah, minta maaf.. minta maaf kita terpaksa berjauhan untuk tempoh masa yang lama. walaupun babah pernah meng offer untuk beli tiket balik, adik x dapat terima, minta maaf. masa dan keadaan sangt tak mengizinkan. seringakali aku tidak sempat untuk meng call mereka, tapi hanya menggunakan sms shaja, minta maaf. kalau ada rezeki, insyaallah aku balik thun depan. aku pasti pulang satu hari nanti.pasti pulang. cuma masa masih tidak lagi diketahui.minta maaf..........

kehidupan berada jauh bersam keluarga bukan aku seorang shja yang merasainya. tapi ramai lagi. walaubagaimanapun, aku tidak berseorang diri di disini.aku mempunyai family aku(batch aku), senior n lecturer2..bersama mereka aku hilangkan rasa sepi itu.. terima kasih....
kehidupan mengajar erti keperitan yang sebenar. dan keperitan mampu membawa kehidupan menjadi berjaya.......keperitan itu jugalah yang mengajar aku setiap pertemuan ada perpisahanya.

luahan bicara hatiku......ASHRAF MOHD RAZI

2 comments:

Anonymous said...

Hmm....nice post....setiap orang pasti akan merasakan berjauhan dgn keluarga..and d same goes to me too..anyway acap, I also proud of you...jangan hampakan harapan mak dan ayah kmu k...good luck~
Jumpe kamu d menara gading nanti!!! Aja...fighting!!! :P

ashraf razi said...

thanks....hehe..fightin....

Post a Comment

Write here, about you and your blog.
 
Copyright 2009 BICARA HATI All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes